Tempat : Kampung Sungai Penchala Tarikh : 28 Mac 2010
Majlis kedua mempelai ini terpaksa di lambatkan atas cuaca yang tidak menentu. Walaubagaimanapun, majlis ini tetap meriah dengan dengan kehadiran para tetamu dari kedua-dua belah pihak.
Tempat : Taman Sekinchan Delima Tarikh : 27 Februari 2010
Majlis pertunangan Syaza telah selamat diadakan di rumah beliau. Rombongan pihak lelaki tiba pada belah petang yang disambut oleh pihak tuan rumah. Dalam majlis ini, saya diberi tanggung jawab oleh Syaza untuk merakam semua detik-detik manis sempena majlis beliau. Tambahan pula, beliau menginginkan sebuah 'story board' album yang mana ini merupakan suatu cabaran bagi saya untuk menyiapkan album ini untuk kali pertama dalam sejarah hidup saya.
Tempat : Kampung Paya Jaras Dalam Tarikh : 6 Disember 2009
Majlis pernikahan ini diadakan di masjid bersebelahan rumah pengantin perempuan. Pengantin lelaki berjaya menarik lafas lega apabila dengan sekali lafaz, beliau sah menjadi suami kepada Izzatul.
Tempat : Hospital Sungai Buloh Tarikh : 4 November 2009 Masa : 10.00 am
Setelah 3 tahun menunggu dengan kesabaran dan kasih sayang, akhirnya, Zahari serta isteri tersayang, Nurshidah telah menimang cahaya mata yang comel. Nurzulaikha telah selamat dilahirkan pada jam 10.00 pagi bertarikh 4 November 2009. Semoga, kelahiran puteri ini akan memberikan lagi kemeriahan dan keberkatan dalam kehidupan mereka sekeluarga.