Selasa, 31 Ogos 2010

Pertunangan Juliza & Yusri Safwan

Tempat : Pandamaran Jaya, Klang
TArikh : 13 Jun 2010

Yusry Safwan atau lebih dikenali sebagai 'Burb' merupakan kawan aku semasa kami menuntut di Johor dahulu. Kami, warga SMP, ingin mengucapkan tahniah kepada beliau di atas pertunangan ini. Semoga ikatan antara Burb dan Juliza berpanjangan sehingga ke akhir hayat.

Jumaat, 23 Julai 2010

Persandingan Ahmad Hafiz & Mona Marcella Johanabas

Tempat : Kampung Sungai Penchala
Tarikh : 28 Mac 2010

Majlis kedua mempelai ini terpaksa di lambatkan atas cuaca yang tidak menentu. Walaubagaimanapun, majlis ini tetap meriah dengan dengan kehadiran para tetamu dari kedua-dua belah pihak.

Pernikahan Mona Marcella Johanabas & Ahmad Hafiz

Tempat : Kota Damansara
Tarikh : 27 Mac 2010

Ahmad Hafiz @ Mat merupakan saudara saya. Selamat pengantin baru diucapkan kepada pasangan ini. Semoga kekal ke anak cicit.

Ahad, 11 April 2010

Majlis Pertunangan Syaza Syatirah & Elmy Shafiq

Tempat : Taman Sekinchan Delima
Tarikh : 27 Februari 2010


Majlis pertunangan Syaza telah selamat diadakan di rumah beliau. Rombongan pihak lelaki tiba pada belah petang yang disambut oleh pihak tuan rumah. Dalam majlis ini, saya diberi tanggung jawab oleh Syaza untuk merakam semua detik-detik manis sempena majlis beliau. Tambahan pula, beliau menginginkan sebuah 'story board' album yang mana ini merupakan suatu cabaran bagi saya untuk menyiapkan album ini untuk kali pertama dalam sejarah hidup saya.

Khamis, 14 Januari 2010

Majlis Pernikahan Husny & Izzatul

Tempat : Kampung Paya Jaras Dalam
Tarikh : 6 Disember 2009

Majlis pernikahan ini diadakan di masjid bersebelahan rumah pengantin perempuan. Pengantin lelaki berjaya menarik lafas lega apabila dengan sekali lafaz, beliau sah menjadi suami kepada Izzatul.