Khamis, 8 Oktober 2009

Majlis Pertunangan Syazlina dan Kamaruddin

Tempat : Seksyen 1, Bandar Baru Bangi
Tarikh : 27 September 2009
Masa : 8.00am - 5.30pm

Syazlina atau sering dipanggil Kak Lina telah selamat mengadakan majlis pertunangannya bersama bakal suami yang bernama Kamaruddin @ Kamal. Sesi pertunangan ini diadakan di rumah pihak perempuan yang terletak di Bandar Baru Bangi. Majlis ini telah berlangsung dengan meriah dengan kedatangan sanak-saudara yang masih ceria dengan sambutan Aidilfitri.

Selasa, 22 September 2009

Majlis Cukur Jambul Aneesa

Tempat : Sungai Petani, Kedah
Tarikh : 21 Jun 2009
Masa : 8.00am - 5.00pm

Aneesa merupakan anak sulung buat pasangan dan merangkap sepupu saya, Mariam dan Ezral. Majlis diadakan di rumah sebelah perempuan. Oleh kerana hari tersebut merupakan hari Ahad, tidak ramai yang dapat menghadirkan diri disebabkan oleh kerja (Kedah - Ahad - hari bekerja).



Khamis, 20 Ogos 2009

Tasik Kelana Jaya

Tempat : Sekitar Tasik Kelana Jaya
Tarikh : 15 Ogos 2009
Masa : 6.00pm - 9.00pm

Mula-mula agak kecewa sebab nak pukul 5 petang, hujan mula turun. :( Tapi, sejam menunggu, hujan pun reda. :) Memandangkan tinggal berhampiran dengan tasik Kelana Jaya, jadi, ambil keputusan untuk ambil-ambil gambar di sekitar tasik. Selalunya, waktu-waktu macam ini, orang ramai..tapi, sebab hujan, hanya beberapa kerat yang ada.