Khamis, 14 Januari 2010

Majlis Pernikahan Husny & Izzatul

Tempat : Kampung Paya Jaras Dalam
Tarikh : 6 Disember 2009

Majlis pernikahan ini diadakan di masjid bersebelahan rumah pengantin perempuan. Pengantin lelaki berjaya menarik lafas lega apabila dengan sekali lafaz, beliau sah menjadi suami kepada Izzatul.


Ahad, 8 November 2009

Cahaya Mata Sulung Babah Zahari & Ibu Shida

Tempat : Hospital Sungai Buloh
Tarikh : 4 November 2009
Masa : 10.00 am

Setelah 3 tahun menunggu dengan kesabaran dan kasih sayang, akhirnya, Zahari serta isteri tersayang, Nurshidah telah menimang cahaya mata yang comel. Nurzulaikha telah selamat dilahirkan pada jam 10.00 pagi bertarikh 4 November 2009. Semoga, kelahiran puteri ini akan memberikan lagi kemeriahan dan keberkatan dalam kehidupan mereka sekeluarga.

Khamis, 8 Oktober 2009

Majlis Pertunangan Syazlina dan Kamaruddin

Tempat : Seksyen 1, Bandar Baru Bangi
Tarikh : 27 September 2009
Masa : 8.00am - 5.30pm

Syazlina atau sering dipanggil Kak Lina telah selamat mengadakan majlis pertunangannya bersama bakal suami yang bernama Kamaruddin @ Kamal. Sesi pertunangan ini diadakan di rumah pihak perempuan yang terletak di Bandar Baru Bangi. Majlis ini telah berlangsung dengan meriah dengan kedatangan sanak-saudara yang masih ceria dengan sambutan Aidilfitri.