Ahad, 11 April 2010

Majlis Pertunangan Syaza Syatirah & Elmy Shafiq

Tempat : Taman Sekinchan Delima
Tarikh : 27 Februari 2010


Majlis pertunangan Syaza telah selamat diadakan di rumah beliau. Rombongan pihak lelaki tiba pada belah petang yang disambut oleh pihak tuan rumah. Dalam majlis ini, saya diberi tanggung jawab oleh Syaza untuk merakam semua detik-detik manis sempena majlis beliau. Tambahan pula, beliau menginginkan sebuah 'story board' album yang mana ini merupakan suatu cabaran bagi saya untuk menyiapkan album ini untuk kali pertama dalam sejarah hidup saya.